Jumaat, 7 November 2014

Jom ke Butik MOSH | Ministry Of ShopaHolic

Assalamualaikum semua!!

Dah teramat lama kami tak update apa-apa di blog Popscarf ni kan. Ni nak bagitau korang yang kami sebenarnya masih lagi setia menjual shawl dan scarf yang super cantik, material berkualiti dengan harga yang sangat lah berpatutan. 

AKTIF DI FB & IG
Kami memohon maaf sangat sebab blog ni la satu-satunya medium yang paling pasif kami tak sempat nak update. Kami banyak update di instagram dan facebook sahaja tau. Lately ni pun jarang jugak kami jual online sebab memang tak berkesempatan nak uruskan banyak benda untuk diselesaikan. 

BOOTH DI MAJU JUNCTION MALL
Kami ada juga join beberapa booth iaitu yang terkini bersama SOHO Karnival Raya di Maju Junction Mall selama sebulan Ramadhan baru-baru ini. Pengalaman yang best dan crowd yang datang membeli pun alhamdulillah sangat lebih daripada jangkaan! Kebanyakannya koleksi yang kami jual disana memang tak sempat pun nak update untuk pembelian online. Serius memang tak sempat,..

VENDOR DI MOSH
Bila difikir-fikir, memang memenatkan sebab kami memang takda assistant pun, everything from A to Z kami buat berdua je. Tapi oleh kerana permintaan serta dorongan daripada rakan-rakan yang tak pernah putus memberi sokongan kepada kami, kami cuba untuk maju selangkah ke hadapan dengan menjadi vendor di salah satu butik berkonsepkan vendor yang diberi nama Ministry Of ShopaHolic atau nak senang korang boleh panggil MOSH.

Kenapa MOSH menjadi pilihan nya. Banyakkk faktornya especially faktor lokasi nya di Putrajaya. Kat putrajaya ni memang kurang sangat pilihan nak cari barang-barang yang up to date macam kat Shah Alam tu. Paling dekat pun Bangi, tapi jenuh jugak nak pergi time lunch kan. Memang terpaksa lah meredah jemm semua tu.

So, MOSH ni mensasarkan pelanggan yang berada di area Putrajaya sebenarnya. Butik yang berkonsepkan vendor ni seperti yang kita sedia maklum memang tengah trending sebab boleh kata macam one stop shopping centre. Nak pape memang boleh dapat di satu tempat je.

PAYMENT VIA CASH & ONLINE TRANSFER
Korang mana yang berada berdekatan di Putrajaya, Serdang, Bangi atau Sepang, korang dialu-alukan memeriahkan Butik MOSH ye. Dun worry ownernya memang friendly, plus owner ni my BFF masa sekolah rendah dulu-dulu. Buat masa ni diorang boleh terima CASH and ONLINE TRANSFER dulu sementara nak dapat approval sewa mesin Debit/Kredit daripada bank. So, korang dun worry k. Kalau tak cukup cash, depa ada sediakan notebook untuk urusan pembayaran secara online.

FOLLOW INSTAGRAM: @ministryofshopaholic

LIKE FB : Ministry Of Shopaholic (MOSH)

Kemn & Owner MOSH, Farah Azura

Mini Cafe @MOSH

US (Manes & Kemn)






Ramai online customer kami yang tanya"lepas ni tak jual online dah ke?"Korang semua jangan risau tau sebab kami tengah dalam proses nak siapkan website dengan kemudahan SHOPPING CART. Sekarang website kami still under construction, tapi korang boleh la datang jenguk-jenguk kalau nak tengok website kami di alamat ini:


Belum boleh start shopping lagi ye, produk yang kami letak tu untuk test je..Nanti dah siap kami akan announce kat sini ye!

Thank you korang!

Kemn & Manes
P O P S C A R F



Isnin, 14 Oktober 2013

Announcement!!!


Assalamualaikum,

FOLLOW OUR INSTAGRAM @popscarf for super faster updates!

Isnin, 6 Ogos 2012

Vol. 12 | BELLA

Kami akhiri koleksi Syawal pada kali ini dengan memperkenalkan kepada anda BELLA Shawl. Untuk koleksi kali ini pula, kami namakan ia BELLA, sebagai tanda penghargaan kepada cik model tudung ini kerana sudi membantu kami untuk menggayakan semua Koleksi Syawal pada kali ini. Terima kasih kepada Bella (adik Kemn) ye! Shawl ini bukan sahaja sesuai digayakan oleh golongan remaja, malah golongan muslimah yang berkerjaya juga sangat sesuai dipadankan dengan "office wear". BELLA boleh digayakan dengan pelbagai gaya dan untuk kelihatan lebih dramatik, cuba beranikan diri anda menggayakan lebih daripada satu helai shawl dengan warna yang berbeza. Pelbagai stail yang menarik dapat digayakan seperti yang dipakai oleh Bella ini. Material shawl ini adalah daripada satin yang berkualiti tinggi, tidak seperti satin yang biasa dijual dipasaran. Material shawl ini lebih tebal dan berat (jatuh  ke bawah), memudahkan si pemakai menggayakan dengan pelbagai stail yang menarik. Istimewanya lagi, jahitan di setia hujung shawl adalah berbentuk melengkung agar tampak lebih kemas dan cantik. Jadi tunggu apa lagi, dapatkan BELLA Shawl sementara stok masih ada! Dengan harga serendah RM22 sahaja, anda mampu kelihatan bergaya menjelang Hari Raya yang bakal tiba! 

Ukuran saiz: 0.55 meter x 1.5 meter

LETS SHOP-A-THON NOWWWWW!!!









Cepat dapatkannya dengan beberapa langkah mudah. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam BORANG PESANAN dan hantarkan kepada kami. Dipohon untuk membaca Terma dan Syarat serta Cara Membuat Pesanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian di PopScarf. 

Terima kasih, PopScarflets! 
"a touch of hijabi style" 
PoPScarf

Khamis, 2 Ogos 2012

Vol. 11 | IRIS

Koleksi kedua Syawal pada kali ini diberi nama IRIS. Shawl ini merupakan koleksi terbaru kami juga dijahit oleh tailor kami sendiri. IRIS merupakan perkataan bahasa Sepanyol yang bermaksud "pelangi", bersesuaian dengan gandingan pelbagai tona warna kontra yang menarik juga mengikut trend masa  kini. Di samping gabungan warna kontra yang terang, istimewa nya IRIS ini kerana ia ditaburi dengan batu pelbagai warna mengikut warna shawl. Material shawl ini adalah daripada chiffon yang berkualiti tinggi, yang mana material ini tidak terlalu licin, memudahkan si pemakai untuk menggayakannya dengan pelbagai stail yang menarik. Untuk kelihatan lebih kemas lagi, jahitan disetiap hujung penjuru shawl adalah berbentuk melengkung. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan shawl IRIS sekarang dengan harga serendah RM26 sahaja!!


Ukuran saiz: 0.55 meter x 1.5 meter  

LETS SHOP-A-THON NOW!!!! 

*Warna shawl di dalam gambar tidak seperti warna sebenar kerana faktor cahaya.
Sila rujuk warna yang tertera dibawah deskripsi*


AVAILABLE
AVAILABLE


AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

Cepat dapatkannya dengan beberapa langkah mudah. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam
BORANG PESANAN dan hantarkan kepada kami. Dipohon untuk membaca Terma dan Syarat serta Cara Membuat Pesanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian di PopScarf. Terima kasih, PopScarflets!
"a touch of style"
PoPScarf

Teaser # IRIS



Next update!!

Rabu, 1 Ogos 2012

Vol. 10 | JAMEELA (Butterflies)

ALL ITEMS ARE SOLD OUT!!!!

Shawl JAMEELA merupakan koleksi Syawal yang pertama istimewa buat anda diluar sana. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, shawl ini telahpun kami keluarkan sebelum ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Istimewa koleksi Syawal pada kali ini, 3 variasi warna boleh dipilih dengan setiap satunya mempunyai kemasan piping  dengan warna yang berbeza mengikut tona warna shawl. Material shawl ini adalah Italian Chiffon yang berkualiti tinggi dan saiz yang jauh lebih lebar daripada keluaran sebelum ini lebih mudah untuk anda gayakan dengan pelbagai stail kegemaran anda.  Taburan colour-dust yang menghiasi shawl ini juga memberi effect yang lebih menarik kepada si pemakai. Jadi tunggu apa lagi? Dapatkan shawl JAMEELA dengan harga serendah RM29 sahaja. 

 Ukuran : 0.7 m x 1.7 m


SOLD OUT

STATUS:
SOLD OUT - JS07
SOLD OUT - JS08
SOLD OUT - JS0


SOLD OUT

STATUS:
SOLD OUT - JS11
SOLD OUT- JS12
SOLD OUT - JS13

SOLD OUT
STATUS:
SOLD OUT - JS15
 
SOLD OUT- JS16
SOLD OUT - JS17

Cepat dapatkannya dengan beberapa langkah mudah. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam
BORANG PESANAN dan hantarkan kepada kami. Dipohon untuk membaca Terma dan Syarat serta Cara Membuat Pesanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian di PopScarf. Terima kasih, PopScarflets!
"a touch of style"
PoPScarf
A

Teaser # JAMEELA

Next week update...Stay tuned darlsssss!!!

Selasa, 26 Jun 2012

Vol. # 9 | Bawal Plain 2 Tone



RM15 only (exclude postage)
3 for RM40 (include postage)

B01
SOLD OUT



B02
SOLD OUT 

B03
SOLD OUT 

B04
SOLD OUT 

B05
SOLD OUT 

B06
SOLD OUT 

B07
AVAILABLE

B08
SOLD OUT 

B09
SOLD OUT 

B10
SOLD OUT 

B11
SOLD OUT 

B12
AVAILABLE

B13
AVAILABLE

B14
AVAILABLE  

B15
SOLD OUT 

B16
SOLD OUT 

B17
AVAILABLE  
B18
AVAILABLE
 


Jatuh hati kepada Bawal 2 Tone? Cepat dapatkannya dengan beberapa langkah mudah. Isikan maklumat yang diperlukan di dalam BORANG PESANAN dan hantarkan kepada kami. Dipohon untuk membaca Terma dan Syarat serta Cara Membuat Pesanan terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembelian di PopScarf. Terima kasih, PopScarflets!

"a touch of style"
PoPScarf