Khamis, 31 Mei 2012

Corat-coret Kemn + Manis = PopScarf

Ah Wa Sahlan Ya Hijabi PopScarflets!


Alhamdulillah, syukur Ya Allah, tanggal 30 Mei 2012 iaitu pada hari semalam dengan rasminya PopScarf telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dibawah nama "Popscarf Hijaboutique". Nombor pendaftaran syarikat kami adalah CA0185778-H. 

Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong kami! Tanpa sokongan anda semua, tidak mungkin bisnes online yang kami jalankan bermula Januari 2012 ini dapat diteruskan dengan jayanya. 

Jujurnya, niat asal berbisnes online hanya sekadar "suka-suka" dan memenuhi masa lapang semata. Minat dan citarasa yang sama kami berdua (Kemn & Manis), membuatkan perasaan teruja untuk memulakan bisnes online ini.  Kami tidak mengambilkira untung yang berlipat ganda malah lebih kepada ingin membantu rakan-rakan diluar sana terutamanya pelanggan yang berada luar dari kawasan Lembah Klang yang sukar mendapatkan koleksi-koleksi tudung/shawl/scarf yang murah juga menarik. Buktinya, anda sendiri boleh bandingkan harga yang kami tawarkan menerusi bisnes online ini dengan harga yang terdapat di butik-butik luar. 

Selain daripada itu juga, kami juga akan mencari pemborong tudung yang berkualiti di sekitar Lembah Klang dan akan memilih corak-corak yang menarik sahaja untuk dijual kepada anda di luar sana. Tambahan lagi, kami juga memberanikan diri untuk maju setapak ke hadapan untuk cuba menghasilkan koleksi dibawah label sendiri. Alhamdulillah, 2 koleksi dibawah label sendiri sebelum ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelanggan tersayang!

Kini, harapan kami agar semoga pendaftaran kami dengan SSM ini akan lebih meyakinkan para pelanggan yang dihormati untuk tidak ragu-ragu membeli koleksi daripada kami. Untuk makluman juga, kami juga dalam proses untuk mendapatkan khidmat nasihat cara menguruskan akaun bagi bisnes online! Kami sedaya upaya untuk menawarkan servis yang terbaik kepada anda, disamping mendapatkan koleksi dengan harga yang berpatutan serta berkualiti.

Setiap pandangan/komen/cadangan anda akan kami terima dengan tangan terbuka! Syukran Jazilan Ya Popscarflets!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan