Assalamualaikum semua!!
Dah teramat lama kami tak update apa-apa di blog Popscarf ni kan. Ni nak bagitau korang yang kami sebenarnya masih lagi setia menjual shawl dan scarf yang super cantik, material berkualiti dengan harga yang sangat lah berpatutan.
AKTIF DI FB & IG
Kami memohon maaf sangat sebab blog ni la satu-satunya medium yang paling pasif kami tak sempat nak update. Kami banyak update di instagram dan facebook sahaja tau. Lately ni pun jarang jugak kami jual online sebab memang tak berkesempatan nak uruskan banyak benda untuk diselesaikan.
BOOTH DI MAJU JUNCTION MALL
Kami ada juga join beberapa booth iaitu yang terkini bersama SOHO Karnival Raya di Maju Junction Mall selama sebulan Ramadhan baru-baru ini. Pengalaman yang best dan crowd yang datang membeli pun alhamdulillah sangat lebih daripada jangkaan! Kebanyakannya koleksi yang kami jual disana memang tak sempat pun nak update untuk pembelian online. Serius memang tak sempat,..
VENDOR DI MOSH
Bila difikir-fikir, memang memenatkan sebab kami memang takda assistant pun, everything from A to Z kami buat berdua je. Tapi oleh kerana permintaan serta dorongan daripada rakan-rakan yang tak pernah putus memberi sokongan kepada kami, kami cuba untuk maju selangkah ke hadapan dengan menjadi vendor di salah satu butik berkonsepkan vendor yang diberi nama Ministry Of ShopaHolic atau nak senang korang boleh panggil MOSH.
Kenapa MOSH menjadi pilihan nya. Banyakkk faktornya especially faktor lokasi nya di Putrajaya. Kat putrajaya ni memang kurang sangat pilihan nak cari barang-barang yang up to date macam kat Shah Alam tu. Paling dekat pun Bangi, tapi jenuh jugak nak pergi time lunch kan. Memang terpaksa lah meredah jemm semua tu.
So, MOSH ni mensasarkan pelanggan yang berada di area Putrajaya sebenarnya. Butik yang berkonsepkan vendor ni seperti yang kita sedia maklum memang tengah trending sebab boleh kata macam one stop shopping centre. Nak pape memang boleh dapat di satu tempat je.
PAYMENT VIA CASH & ONLINE TRANSFER
Korang mana yang berada berdekatan di Putrajaya, Serdang, Bangi atau Sepang, korang dialu-alukan memeriahkan Butik MOSH ye. Dun worry ownernya memang friendly, plus owner ni my BFF masa sekolah rendah dulu-dulu. Buat masa ni diorang boleh terima CASH and ONLINE TRANSFER dulu sementara nak dapat approval sewa mesin Debit/Kredit daripada bank. So, korang dun worry k. Kalau tak cukup cash, depa ada sediakan notebook untuk urusan pembayaran secara online.
FOLLOW INSTAGRAM: @ministryofshopaholic
LIKE FB : Ministry Of Shopaholic (MOSH)
Kemn & Owner MOSH, Farah Azura |
Mini Cafe @MOSH |
US (Manes & Kemn) |
Ramai online customer kami yang tanya"lepas ni tak jual online dah ke?"Korang semua jangan risau tau sebab kami tengah dalam proses nak siapkan website dengan kemudahan SHOPPING CART. Sekarang website kami still under construction, tapi korang boleh la datang jenguk-jenguk kalau nak tengok website kami di alamat ini:
Belum boleh start shopping lagi ye, produk yang kami letak tu untuk test je..Nanti dah siap kami akan announce kat sini ye!
Thank you korang!
Kemn & Manes
P O P S C A R F
Tiada ulasan:
Catat Ulasan